Candi Lembah Bujang Roboh?
Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan tanah
di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli lapan
lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju.
Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum
ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco
Negeri di antara 1994 dan 1995.
“Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu,” katanya.
Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.
“Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya,” katanya.
SUMBER
p/s:Buta Sejarah
#pastelmaya
0 comments:
Post a Comment