Wednesday, December 11, 2013
Hujan Meteor Geminids di Malaysia
Mulai 3 - 17 Disember 2013, langit Malaysia akan dihujani dengan Meteor Geminid.
Dianggarkan kira-kira 120 sejam juraian meteor akan menerangi langit Malaysia pada 14 Disember ini.
Pada mereka yang berminat untuk menikmati juraian tersebut, boleh berbuat demikian dengan memandang ke arah timur laut pada waktu subuh.
Hujan meteor berlaku setiap tahun. Namun pada bulan Disember ini, ia dikenali sebagai Geminids.
Hujan meteor Geminids berlaku pada bulan Disember apabila bumi melintasi laluan orbit asteroid 3200 Phaethon.
Ketika itu, orbit asteroid berada amat rapat dengan matahari menyebabkan ia berpecah dan meninggalkan sisa yang berkecai laluannya.
Pelanggaran ini, mengeluarkan cahaya warna warni dan boleh dilihat dari bumi.
#pastelmaya
0 comments:
Post a Comment