'Pasar Pencuri' bakal ditutup
Makkah
Souk al-Haramiyyah atau pasar pencuri di bandar suci ini bakal ditutup.
Kegiatan di pasar ini bakal berakhir apabila kerja Projek Pembinaan Raja Abdulaziz dimulakan di kawasan berkenaan yang terletak hanya setengah kilometer dari Masjidil Haram.
Pasar itu yang digelar Goden Gooda yang bermakna rumah panjang dalam bahasa Afrika sebelum ini dikenali sebagai pasar Jumaat kerana hanya dibuka pada hari berkenaan sebelum ia menjadi bazar sepanjang minggu.
Ia kemudian dinamakan Souk al-Haramiyyah kerana kebanyakkan barangan yang dijual, termasuk pakaian,perkakasan elektrik dan barangan lain yang dicuri.
#pastelmaya
0 comments:
Post a Comment