Tahukah anda bahawa kebanyakkan salji di dalam filem Hollywood dibekalkan oleh syarikat British Snowbusiness?
|
Set Preparation |
Sebagai pengeluar terbesar di dunia buatan salji, Snowbusiness, telah menghasilkan adegan salji untuk beberapa filem yang paling terkenal. Darcey Crownshaw, pemilik firma itu, menyediakan alternatif salji tiruan ke Hollywood selama 30 tahun dan syarikatnya boleh menghasilkan 200 jenis salji. Hebat kan?
Syarikat tersebut menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan salji termasuklah kertas dan plastik. Kadangkala bunga api lilin digunakan untuk menghasilkan abu dan mencipta kesan salji.
Namun begitu, apabila keadaan memerlukan, salji sebenar digunakan dan ini boleh bertahan sehingga tiga hari jika disimpan dengan betul. Salah satu mesin syarikat mampu menghasilkan meter persegi salji dalam dua saat. Cara-cara yang berbeza menghasilkan salji bergantung kepada apa yang pengarah dan pengeluar filem mahu.
Berikut adalah beberepa scene filem yang menggunakan salji daripada Snowbusiness.
|
X-Men |
|
The Day After Tomorrow |
|
Harry Potter |
|
The Chronicles of Narnia: The Lion The Witch and The Wardrobe |
|
Bridget Jones |
|
|
|
|
|
#pastelmaya
0 comments:
Post a Comment