Namun tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan hingga sekarang.
Fenomena terebut berlaku di Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan.
Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004
turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam
tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku
pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah
muncul di persisiran pantai.
AMARAN ANGIN KENCANG
Angin kencang dan
laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor,
Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak
Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.
Jabatan Meteorologi
dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan
kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu,
Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.
Angin kencang Timur
Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah
(pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan
Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Kedua-dua keadaan
ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi
laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan
laut.
Menurut kenyataan
itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan
Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan
dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini.
0 comments:
Post a Comment