Sebelum kejohanan itu pun bermula, Rafael Nadal menyifatkan Terbuka Australia sebagai kejohanan malang beliau di Grand Slam.
Selain daripada cedera melecet di tangan, beliau turut mengalami kecederaan yang sama pada tahun 2006, 2010, 2011 dan 2013.
Rafael Nadal sudah tentu menjadi pilihan apabila bertemu dengan Stanislas Wawrinka. Namun, semua itu berubah apabila kecederaan beliau mengundang kepada kekalahan dengan mata 6-3, 6-2, 3-6, 6-3.
Apabila Nadal menerima trofi naib juara, beliau memohon maaf kepada orang ramai dan Wawrinka, rakan sejak mereka remaja.
"Saya minta maaf untuk pengakhiran dengan cara ini," Nadal memberitahu orang ramai di Rod Laver Arena yang berkapasiti 15,000 tempat duduk, yang meletus di sorakan yang membuat dia berlinang kembali air mata. "Tahun ini adalah salah satu kejohanan yang paling emosi dalam kerjaya saya."
0 comments:
Post a Comment