Thursday, January 30, 2014

Pelajar Malaysia di tikam 14 kali di Nottingham

Pelik tapi benar. Sekali lagi isu keselamatan pelajar Malaysia di luar negara timbul.

Kehidupan Ahmad Izat Ahmad Nazmi seorang pelajar yang membaca Ekonomi Industri di Universiti Nottingham betukar ngeri apabila dia ditikam selepas seorang budak berumur 10 tahun bertanyakan tentang masa kepada beliau.
 Pada Jan 27, jam 6.50pm waktu tempatan, Izat sedang berjalan sendirian dari Jubilee Campus ke Dunkirk melalui sebuah lorong, di Wallaton Drive Hall menghala ke Hill Side.
Tiba-tiba dia didatangi oleh 3 orang remaja yang berusia linkungan 8 - 14 tahun bertanyakan tentang masa. Belum pun sempat menjawab, remaja tersebut mengeluarkan pistol dan pisau lipat.
Remaja berkenaan bertindak untuk menyamun wallet, hp dan jam tangan Izat walaupun beliau merayu untuk dilepaskan.
" Mereka berlari sebaik sahaja mereka mendapat jam tangan saya dan saya mula mengejar mereka . Itulah apabila tikaman bermula"
 
"Sebenarnya apabila mereka mula menikam saya lagi dan lagi, saya melihat beberapa penduduk sekitar yang baru pulang dari kerja , tetapi saya fikir mereka tidak mahu campur tangan, saya tidak tahu" .

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top