Thursday, January 09, 2014

Rekod Baru Dunia Dengan Membakar 500,000 Bunga Api Dalam Hanya 6 Minit | Pastel Maya

Tahukah anda bahawa pada malam tahun baru 2014, Dubai telah membuat rekod baru dunia dengan membakar 500,000 bunga api dalam hanya 6 minit???



Walaupun 2013 telah berakhir, Dubai telah bersedia untuk melakar namanya dalam buku Rekod Dunia Guinness berkaitan dengan pertunjukkan piroteknik. 

Tahun Baru 2014 dirayakan di Dubai dengan penuh meriah sekali dan telah menjadikan Dubai pusat tarikan sekali lagi. Pertunjukkan ini berlangsung selama kira-kira enam minit dan lebih daripada 500,000 bunga api telah meletup. 

 Bunga api meliputi kawasan seluas 62 batu daripada pinggir laut dan keseluruhan persembahan berakhir dengan pertunjukkan matahari terbenam tiruan. Keseluruhan pertunjukkan memerlukan 100 komputer dan perancangan lebih 10 bulan. Berapa banyak pula kosnya? Nah, yang pasti adalah 6 juta Dolar!



Rekod sebelum ini untuk pertunjukkan piroteknik disandang oleh Kuwait dengan penggunaan 77.282 bunga api pada tahun 2012.  

Jom kita layan video dulu!!!

#pastelmaya  

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top