Monday, January 27, 2014

World Cup 2014:Bantahan Rakyat

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya seribu penunjuk perasaan berkumpul membawa kain rentang dan mengibarkan bendera di jalan ekoran kos yang melebihi bajet negara itu sebagai tuan rumah bola sepak Piala Dunia.







Penganjuran Piala Dunia Brazil menimbulkan protes yang menuntut kerajaan agar tidak menganjurkan Piala Dunia dan sukan Olimpik Rio 2016 yang menelan belanja tinggi.

Beberapa penunjuk perasaan menyerang kereta polis sementara yang lain membakar sebuah kereta kecil serta memecahkan tingkap bangunan.

Seorang penunjuk perasaan berkata protes tersebut merupakan sambungan daripada demonstrasi yang berlaku pada Piala Konfederasi Jun lalu.

Dianggarkan beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di luar Stadium Nasional Brasilia ketika berlangsungnya perlawanan pembuka tirai Piala Konfederasi antara Brazil dan Jepun pada Jun tahun lepas.








Sementara itu demonstrasi kecil juga turut diadakan di Rio De Janeiro dan beberapa bandar-bandar lain.

Polis menghalang penunjuk perasaan daripada merusuh di pusat membeli-belah.

-ASTROAWANI

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top