Friday, February 14, 2014

Bekalan darah daripada Protein Ikan


Kajian dilakukan oleh Universiti Warwick, Britain, mendapati protein antibeku daripada ikan di lautan berarus sejuk mampu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital.

 Hasil kajian yang di tulis di dalam Jurnal Nature, Communications mendapati, ikan di laut sejuk mampu mengekalkan simpanan bekalan darah untuk tempoh yang lama.

Menurut salah seorang penyelidik, Dr. Matthew Gibson, mereka sedang mengkaji untuk menghasilkan protein tersebut secara sintetik untuk membantu darah yang disimpan di hospital agar tahan lebih lama.

 Di Amerika Syarikat, darah disimpan melalui proses penyimpanan beku kriopreservasi. 

Proses tersebut melibatkan penambahan bahan pelarut bagi menggelakkan pembentukan ais dalam darah tersebut. Namun proses tersebut boleh membunuh sel-sel darah.

Proses membuang pelarut itu pula mengambil masa beberapa hari dan menyebabkan darah yang disimpan tidak dapat digunakan untuk kes kecemasan.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top