Seorang pemilik bengkel kenderaan yang dikaitkan dengan video membelasah seorang lelaki dengan menggunakan pasu dan batang pokok bunga dihadapkan ke Mahkamah Majestret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh di Sungai Buloh, dua minggu lalu.
Ketika dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa, Lau Pon Ann, 40, mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Lee Soon Kim, 42, dihadapan sebuah bengkel, Jalan 1B/7, Bandar Baru Sg Buloh, Selangor jam 1.30 petang pada 5 Februari lalu.
Awal bulan ini, sebuah akhbar melaporkan mangsa meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh selepas empat hari koma setelah cedera parah dibelasah.
Difahamkan, mangsa terbabit dengan pertengkaran selepas menuntut semula barangan miliknya daripada pekerja bengkel itu.
0 comments:
Post a Comment