Sumber:Harian Metro |
Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan dua individu yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.
Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.
Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lalu, menurut Malaysian Business.
Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.
Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.
Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.
Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, Sapura Kencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.
Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lalu, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment