Wednesday, February 12, 2014

Pelajar Telan Jarum Peniti

Seorang pelajar dimasukkan ke Hospital Besut setelah dia tertelan jarum peniti yang digunakan untuk mencungkil sisa makanan pada celah giginya di kantin sekolah.


 Mohd Aliff (12) tertelan jarum berkenaan secara tidak sengaja setelah jarum tersebut terlepas dari tanganya kerana berbual bersama rakan.

 Setelah tertelan jarum tersebut, Mohd Aliff tidak dapat bercakap, dan rakannya terus melaporkan insiden berkenaan kepada guru yang kemudiannya membawa mangsa ke hospital.

Menurut sumber, Mohd Aliff akan dirujuk pula kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu hari ini kerana jarum sepanjang 1 inci itu masih berada di dalam ususnya. 

Keluarga mangsa turut berusaha secara tradisional, kerana sebelum ini terdapat kes kanak-kanak tertelan jarum peniti namun dapat dikeluarkan secara rawatan tradisional.

Dimaklumkan keluarga mangsa turut berjumpa dengan bomoh yang sama, namun usahanya tetap gagal.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top