Sponsored Links

Monday, February 24, 2014

Wajah sebenar Pemilik FB 'Murtad in Pantai Timur'

13:52

Akaun FB yang mula disedari kewujudannya sejak pertengahan Februari lalu mempunyai unsur menghina Islam yang keterlaluan termasuk mengeji Allah Taala dan Nabi Muhammad SAW. Pengendali akaun FB tersebut telah menukar nama daripada 'Murtads in Pantai Timur' kepada 'Murtads in Kelantan'

Pengendali akaun FB tersebut mendakwa dirinya telah murtad jadi tidak hairanlah dia tidak berasa sedikit pun bersalah untuk menghina agama Islam dan cuba menghasut masyarakat untuk bersamanya.

Ada pihak yang mendakwa pemilik akaun FB Murtads In Pantai Timur dikenali sebagai Juli Sumardiati Bt Mohd Jalaludin yang turut menggunakan nama Juli Jalaludin, Emilie de Strange dan Celestial Eve.
Wanita yang berasal dari Ketereh, Kelantan ini pernah menjadi pelajar terbaik SPM seluruh Terengganu. Dia merupakan penuntut di MRSM Kuala Terengganu.

 
Selepas SPM, Julie kemudiannya menyambung pelajaran di Colorado School of Mines, Amerika Syarikat pada 2005.

Di Amerika Syarikat, Juli menganggotai kugiran metal Halun dan Shadowed Grace sebagai vokal / gitaris.

Pandangan Juli terhadap agama Islam mula berubah apabila beberapa peristiwa yang menimpanya. Anda boleh baca di Emile's Diary. Menurutnya, beliau mengalami tekanan hidup dan perasaan apabila menjadi mangsa rogol sejak berusia 5 tahun lagi. Untuk rekod, sehingga semalam, Juli masih menjawab komen-komen yang ditanya melalui blog beliau. Adakah betul beliau sedang koma seperti yang dilaporkan oleh bloggers alam maya?

Apa pun alasan Juli, pihak kami mendoakan semoga Allah memberi hidayah kepada beliau.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top