Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan JAIK sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Jan 2007, selepas ia didapati masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam meskipun tidak didaftarkan.
Pusat tahfiz yang terletak di Kilometer 17, Jalan Kuala Kedah itu dipercayai telah beroperasi sejak sekian lama dan mengeksploitasikan kanak-kanak bagi tujuan mengaut keuntungan.-ASTRO AWANI
Ini bermakna jika anda masih didatangi oleh kanak-kanak dari Pusat Tahfiz berkenaan berhenti menghulur!!! Atau ambil langkah bijak seperti mana kami pernah lakukan iaitu belikan mereka makanan atau belanja mereka makan.
Sebelum ini telah banyak cerita atau pendedahan yang dilakukan oleh penggiat blog. Antara pendedahan top yang dilakukan oleh tuan Mazidul. Baca di sini dan di sini. Namun, tiada tindakan dilakukan malah Pemilik tersebut terus memperkudakan kanak-kanak berkenaan.
Kini, wajah sebenar SM Amin pemilik pusat tahfiz tersebut telah 'dibogelkan' di alam maya. Jelas dan nyata SM Amin hidup mewah di atas keringat anak-anak yang menjual 'balm' atau minyak angin.
0 comments:
Post a Comment