Tuesday, March 04, 2014

Ditonton 43juta orang, namun siapa Adele Dazeem?

John Travolta di OSCAR
Semalam berlangsung Anugerah Akademi ke 86 dengan meriah, pengacaranya Ellen Degeneres berjaya menggamatkan suasana dengan gaya yang bersahaja.

Menurut ABC News, rancangan yang ke udara selama 3 setengah jam itu telah ditonton oleh lebih 43 juta orang.

Jumlah itu sekaligus menjadikan anugerah Oscar sebagai program (bukan sukan) yang paling banyak ditonton selepas rekod itu dipegang sedekad lalu oleh episod finale ‘Friends’ pada tahun 2004.

Mungkin ada yang masih ingat beberapa perkara menarik yang berlaku ketika anugerah berprestij itu ke udara.

Antara yang paling diingati adalah ketika pelakon tersohor, John Travolta melakukan kesilapan menyebut nama penyanyi Broadway dan Glee, Idina Menzel sebagai ‘Adele Dazeem’.

Kesilapan tersebut sangat jelas sehingga menyebabkan ianya menjadi buah mulut orang ramai di media sosial termasuk rancangan bual bicara, Conan.

Sehingga ada juga yang menghasilkan aplikasi ‘Travoltify Your Name’ (sebutan nama anda mengikut Travolta).

Paling menarik tweethandle ‘AdeleDazeem’ juga telah diwujudkan di Twitter dan dalam masa beberapa jam sahaja ia sudah mempunyai 16,000 pengikut.

Namun hari ini akaun tersebut telah pun digantung.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top