Sunday, March 16, 2014

Gossip cinta Aizat Amdan dan Zee Avi

Aizat Amdan dalam satu akhbar semalam memaklumkan agak terkejut dikatakan bercinta dengan penyanyi wanita terkenal antarabangsa Zee avi.

"Apa yang pasti tiada hubungan istimewa antara saya dan Zee Avi. Kami hanya berhubungan sebagau sahabat dan saya sendiri menganggap dirinya sebagai kakak."

Aizat dikatakan rapat dan selesa berkawan atas urusan kerja. Ini kerana dia ada menghasilkan album kerjasama istimewa bersama beberapa penyanyi ternama seperti Yuna, Azlan and The Typewriter dan juga Zee Avi sendiri.

Aizat juga berkata dia belum fikir soal kahwin dan buat waktu sekarang dia hanya fokus pada karier.

"Saya masih mahu memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada kerjaya nyanyian yang sangat padat dan syukur peminat juga masih menerimanya. Jadi fokus saya memang pada karier"

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top