Sebelum ini, pihak DCA melaporkan terdapat 4 orang identiti yang dikenalpasti tetapi dalam 'press conference lewat petang semalam, pihaknya telah mengesahkan hanya 2 identiti yang dikenalpasti menggunakan pasport curi.
Identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH370 dengan pasport curi telah dikenalpasti dan dihantar kepada
agensi risikan Malaysia dan antarabangsa tetapi tumpuan utama masih
diberi kepada pencarian pesawat malang itu.
Pemangku Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya mempunyai
rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut.
Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum.
“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan
siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.
“Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami
adalah untuk mencari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel
Sama-Sama, KLIA.
Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370
bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut Ketua
Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat
berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan
pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA).-astroawani
0 comments:
Post a Comment