Tuesday, March 18, 2014

MH370:Apa Kaitan Anwar dan Kpt Zaharie?

Google Image
Memetik laporan dari Astroawani ari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengutuk tindakan sesetengah pihak yang berkata Kapten Zaharie Ahmad Shah mungkin telah didorong oleh motif politik untuk sabotaj pesawat MH370 yang hilang sejak Mac 8.

Menurut laporan AFP, Anwar berkata Zaharie,yang merupakan seorang ahli PKR, adalah seorang yang baik.

Anwar berkata beliau berasa “jijik” dengan cubaan untuk memburuk-burukkannya dan mengaitkan kepimpinan pembangkang dengan kehilangan pesawat tersebut.

Pada Ahad, The Daily Mail melaporkan bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

"Adakah menjadi satu kesalahan untuk sesiapa menjadi ahli Keadilan? Anwar memberitahu AFP.

"Sudah tentu saya tidak mengambil laporan berita itu secara serius tetapi saya saya bersimpati dengan juruterbang itu dan keluarganya," katanya.

Namun menurut laporan Mstar, (http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/03/17/anwar-tidak-kenal-zaharie/) Wan Azizah menyatakan yang suaminya tidak mengenali Kpt Zaharie.

Menurutnya, sokongan politik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tiada kaitan dengan kehilangan pesawat tersebut.

Namun hakikatnya ialah, Kpt Zaharie adalah pakcik kepada Syaheedah, iaitu isteri kepada Ehsan anak lelaki Anwar ibrahim. Mereka memang saling mengenali dan tidak hairanlah Kpt Zaharie adalah ahli PKR seumur hidup.



Saya tidak mahu meletakkan apa-apa konklusi dalam isu ini. Namun kita sendiri sudah 'well known' dengan kenyataan Anwar dan Wan Azizah yang sering putar belit.

#sedangmenungguepisodkambinghitam
#prayforMH370

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top