Thursday, March 20, 2014

MH370:Apakah kali ini betul?-Update Terkini

Pada hari ke-13 operasi SAR, Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang mengetuai misi mencari pesawat yang hilang itu di jalur selatan dengan kerjasama Angkatan Tentera Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika Syarikat menerima imej satelit yang menunjukkan dua objek yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat yang dicari itu.

Google Image
Usaha mengesan objek yang dirakamkan oleh satelit itu bukan mudah. Jarak penglihatan di kawasan berkenaan dilaporkan tidak begitu baik biarpun cuaca dilaporkan sederhana.

Semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari di jalur selatan itu kemudiannya mengerahkan pesawat dan kapal laut masing-masing ke kawasan carian yang terletak lebih kurang 2,500 kilometer ke barat daya Perth. Sesetengahnya sudah tiba dan beberapa lagi akan sampai dalam waktu yang terdekat.

Google Image
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.

Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek yang ditemui adalah lebih kecil.

Beliau berkata sejurus menerima berita tentang objek-objek tersebut, empat pesawat telah dihantar ke kilometer 2,500 barat selatan Perth.

Google Image
Dalam pada itu, Malaysia kerahkan aset untuk sahkan objek yang dikesan. Pesawat dan kapal telah dikerahkan untuk mengesahkan objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi.

Google Image

"Seperti yang saya telah lakukan dari hari pertama, kita mengikuti setiap perkembangan. Harap-harap ini merupakan satu perkembangan positif," kata beliau sambil menambah bahawa ia adalah terlalu awal untuk mengesahkan di mana serpihan itu ditemui.

Ditanya apa jenis serpihan telah dijumpai dan berapa lama ia akan mengambil masa untuk mengesahkan ia, Hishammuddin berkata: "Kita tidak akan tahu, pesawat dan kapal telah dikerahkan."







0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top