Thursday, March 13, 2014

MH370:Surat Mike Mckay Saksi Pesawat terhempas

Google Image




Pihak berkuasa Vietnam semalam menerima emel daripada Mike Mckay, warganegara New Zealand yang bekerja di pelantar minyak Vietnam yang mengesahkan melihat pesawat MH370 terhempas.

Menurut Mike, beliau cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia beberapa hari lalu untuk melaporkan kejadian berkenaan namun gagal.

Mike juga menyatakan lokasi pesawat yang dinyatakan sebagai pesawat MAS iaitu di
LAT:08.22.30.23N
LONG:108.42.22.26E

Pihak berkuasa Vietnam kini dalam proses menyiasat laporan Mike dan sebuah pesawat dikerahkan untuk memantau lokasi tersebut.

Sekiranya benar seperti apa yang didakwa oleh Mike, ini bermakna pesawat MH370 tersebut tidak berpatah balik dan berada berdekatan dengan lokasi terakhir seperti yang dilaporkan.


0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top