Wednesday, March 05, 2014

'No K-POP!' : KJ

YB Khairy Jamaludin
Ekoran kontroversi yang melanda penganjuran Hari Belia tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini 'berikrar' perkara tersebut tidak akan berulang pada penganjuran akan datang.

Menurutnya, penganjuran Hari Belia akan datang akan diisi dengan lebih banyak pengisian ilmu dan program  agama bagi memastikan sambutan tersebut berjaya menjadi satu medan untuk mendidik anak muda ke arah lebih baik.

"Kita dah susun semula pengisian Hari Belia.

"Lebih seimbang dan akan lebih banyak pengisian ilmu dan program agama diadakan.

"...K-Pop dah tidak ada dah, minta maaf kepada semua," katanya ketika membicarakan mengenai bicara tokoh di Persidangan Kepimpinan Belia Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Terdahulu, Hari Belia tahun lalu telah mencetuskan kontoversi kerana ramai yang berpendapat bahawa kedatangan penyanyi Korea (K-Pop) ke majlis tersebut dianggap sebagai membazir serta tidak mencerminkan mentaliti sebenar belia negara.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top