Saturday, March 22, 2014

Update Terkini:Krisis Rusia Ukraine

Google Image
Vladimir Putin semalam menandatangani perundanganyang seterusnya melengkapkan proses dalam menjadikan wilayah Crimea sebahagian daripada Russia. Proses tersebut mendapat tentangan keras daripada pemimpin Barat yang beranggapan wilayah tersebut masih milik Ukraine.

Dalam majlis itu juga Putin meluluskan undang-undang mewujudkan dua daerah pentadbiran baru negara itu iaitu Crimea dan Pelabuhan Sevastopol.

Ukraine juga mula mengundurkan tenteranya dari wilayah tersebut kerana bimbang pihak Russia akan merancang serangan ke kawasan lain di Ukraine.

Untuk rekod, kini tentera Russia menguasai beberapa kawasan di semenanjung laut Hitam dan telah menawan kapal Ukraine dan mengambil alih beberapa markas tentera.

Amerika Syarikat pula semalam meluaskan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Moscow dan menjadikan Putin sebagai sasaran.

Barrack Obama juga memberi amaran yang keadaan akan menjadi lebih buruk sekirannya Putin tetap berdegil.

Ketika ini, pihak Ukraine sedang merancang untuk membawa keluar anggaota dan ahli keluarga yang berada di Crimea setelah 25,000 anggota dan ribuan rakyat yang masih terperangkap di wilayah berkenaa.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top