Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 14 tahun berada di surau apabila seorang guru wanita datang.
Beliau berkata, sebaik menghampiri mangsa, guru terbabit menampar pipi dan memukul kepala mangsa beberapa kali.
“Difahamkan, guru terbabit bertindak sedemikian kerana marah dengan tindakan mangsa menyanggul rambut di belakang.
Google Image |
“Kejadian itu menyebabkan mangsa hampir pengsan dan rebah, tetapi bernasib baik sempat dipegang beberapa rakannya yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ab Rahman berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa sakit leher dan kepala serta telinga kanan.
Katanya, setiba di rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan.
Bapa pelajar berkenaan bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Chalok kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut.-Metro
0 comments:
Post a Comment