Sponsored Links

Tuesday, April 22, 2014

[Gempar] Selamat selepas 5 jam di dalam Roda Pesawat

14:03

Masih lagi hidup? Itu persoalan yang timbul apabila pesawat yang terbang dari California ke Hawaii membawa penumpang di dalam roda pesawat.

Google Image
Seorang remaja bernasib baik apabila terselamat daripada kesejukan melampau dan kesukaran untuk bernafas selepas menyelinap masuk ke bahagian tayar pesawat yang dalam perjalanan dari California ke Hawaii.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti suspek sebagai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang memanjat pagar di lapangan terbang San Jose.


Dia kemudiannya menyelinap masuk ke bahagian tayar pesawat Hawaiian Airlines yang berlepas ke Maui, menurut jurucakap FBI, Tom Simon.

Remaja terbabit dipercayai lari dari rumah, mampu menahan kesejukan melampau dan kekurangan oksigen selama lima jam setengah pada ketinggian 38,000 kaki merentasi Lautan Pasifik.

"Dia dipantau keluar dari pesawat di Maui, FBI menemu bual suspek sebelum menyerahkannya ke rumah perlindungan," kata Simon.

Katanya, remaja terbabit tidak akan dikenakan sebarang dakwaan jenayah di Hawaii.

Namun, 'sekiranya California memutuskan untuk mengenakan tuduhan jenayah terhadapnya, ia bergantung kepada mereka," katanya.


Melalui rakaman CCTV, remaja tersebut dilihat telah menyelinap masuk ke bahagian roda pesawat selepas memanjat pagar.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top