Thursday, April 10, 2014

GEMPAR:DAP Selangor dan MCA Tolak Hudud

Google Image
MCA menentang keras pelaksanaan hukum Hudud yang cuba diperkenalkan PAS di Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan kebebasan beragama dan memberi jaminan layanan saksama kepada semua orang.

"Pelaksanaan hudud bermakna akan ada dua set sistem dan standard, ia akan menyebabkan kekeliruan apabila adanya kes jenayah melibatkan seorang Islam dan orang bukan Islam, yang akan membawa kepada kontroversi awam.

"Jika agama dan etnik digunakan untuk menentukan undang-undang untuk mana-mana kumpulan orang tertentu, ini akan membangkitkan persoalan mengenai hukuman bagi orang Islam dan bukan Islam.

"Selain itu ia juga boleh membawa kepada krisis badan kehakiman dimana rakyat akan hilang keyakinan terhadap sistem kehakiman," katanya dalam satu kenyataan media.

Tiong Lai berkata isu Hudud ini perlu dilihat dari berbagai perspektif jika PAS mendakwa ia tidak memberi kesan kepada masyrakat bukan Islam kerana banyak perkara berkaitan agama gagal dikelola dengan baik oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, beberapa insiden yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat seperti serbuan ke atas sebuah gereja dan rampasan bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuktikan Pakatan Rakyat gagal menguruskan isu berkaitan agama.

Beliau menegaskan Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan dijunjung kerana diperingkat antarabangsa Malaysia dikenali sebagai negara sekular.

Sebelum ini DAP Selangor juga telah membuat kenyataan menolak sebarang usaha yang cuba di bawa oleh PAS untuk memperkenalkan Hudud di Kelantan.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob berkata kerajaan pimpinannya sedang menyiapkan dua rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun depan.ASTROAWANI

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top