'Mother's Day is around the corner.' Apa penjelasan mengenai ulama berkenaan sambutan hari berkenaan?
HaramPara ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’ sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.
Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail,
berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta
memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat
dan bukan ibadat.
Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh
oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama
daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan
kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang
yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka
Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.
Manakala jika adat ini lahir daripada
perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk
dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan
berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.
Jika dilihat dari segi keharusan sambutan
ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan
itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada
asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang
bertentang syariat.
Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari
Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan
inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati
orang tua mereka.”
Umumnya kita tahu masyarakat barat amat
tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan
hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan
menghormati orang tua mereka.
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut
budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab
pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam
meraikannya.
Persoalan
Kenapa perlu diadakan atau diiktikadkan
hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu saja dia jadi
ibu kita? Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang
mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan
bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika
sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak
yang penuh, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari.
Hari-hari lain, kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi
penghargaan buat ibu.
.
Firman Allah SWT :
Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’, ayat 23)
0 comments:
Post a Comment