Tindakan seorang janda membawa anak berusia lima tahun ketika
berkhalwat dengan teman lelakinya terbongkar selepas mereka ditahan
dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Batu
Berendam, semalam.
Difahamkan, dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 33 tahun
dari Kuala Lumpur itu membawa anak lelakinya ketika ditahan bersama
pasangannya berusia 43 tahun.
|
Sumber: Harian Metro |
Menurut sumber, ketika pemeriksaan pasangan itu cuba menyembunyikan
status mereka dengan mengaku sudah berkahwin sebelum diserahkan kepada
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
“Sebaik pintu bilik diketuk anggota polis, seorang lelaki membuka pintu dan mengaku sudah berkahwin serta mempunyai anak.
“Namun, apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan
bukti pernikahan sebelum mengaku baru saja berkenalan dan belum
berkahwin,” katanya, semalam.
0 comments:
Post a Comment