Monday, April 21, 2014

MH192 Patah balik dan Selamat Mendarat di KLIA

Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Beliau dalam perjalanan ke KLIA.

Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam tadi dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal, bagaimanapun pada 12.40 tengah malam, ia menghantar tweet sedang berpatah balik.

Dalam kenyataan media pada pukul 1.35 pagi, MAS berkata gear mendarat sebelah kanan pesawat itu rosak semasa berlepas dan pesawat itu dijangka membuat pendaratan cemas pada pukul 2 pagi.

"Penerbangan MH192, yang menggunakan pesawat B737-800, dijadual tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama (semalam).

"Penerbangan itu membawa sejumlah 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal," menurut MAS.

Insiden itu menarik perhatian global terutama daripada pengguna Internet yang memberi reaksi kepada tweet MASberkenaan.Bernama

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top