Menurut Kosmo, Pakar-pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa
isyarat detik yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Penerbangan
Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan
peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian
menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
|
Kosmo Online |
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata,
pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South
Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa
isyarat 33.31 kilohertz itu adalah daripada perakam data penerbangan
sebuah kotak hitam.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat MAS penerbangan MH370.
"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean
Shield ialah pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya
pada sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS
MH370 di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment