Berikutan daripada insiden kemalangan Adun Paloh baru-baru ini, Datuk Norzula hanya tahu yang isterinya sudah tiada hanya selepas seminggu.
“Selepas seminggu dirawat di hospital, baru saya dimaklumkan isteri
sudah tiada. Walaupun terkejut menerima berita itu, tetapi saya bersabar
menerima takdir Tuhan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh
Datuk Nozula Mat Diah ketika ditemui di rumahnya, di Bandar Chiku, di
sini, semalam.
Google Image |
Nozula dibenarkan keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)
Ahad lalu, selepas keadaannya makin pulih akibat cedera parah dalam
kemalangan jalan raya di Kilometer 24 Jalan Cameron Highland–Simpang
Pulai, Ipoh pada 17 April lalu.
Beliau berkata dia kini lebih
banyak berehat di rumah dan hanya meluangkan masa menziarahi pusara
isteri, Datin Maziah Din yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.
“Kesunyian saya diubati dengan menziarah pusara isteri setiap pagi dan masih terkenang sejarah hidup bersamanya.
“Kini saya lebih banyak berehat di rumah dan lebih kerap meluangkan
masa menziarahi pusara isteri dengan bertahlil kerana arwahlah kerjaya
politik saya berjaya sampai ke hari ini,” katanya.
Dalam
kemalangan jam 6.30 petang itu, kereta dinaiki Nozula sekeluarga yang
dipandu anak perempuannya, Norfatin Nabila, 22, terbabas sebelum
merempuh bukit.
Kejadian menyebabkan dia bersama anak lelakinya, Mohd Fitri, 19, parah dan isterinya meninggal dunia.
Norfatin bersama dua lagi dalam kenderaan itu iaitu adiknya, Nadirah,
9, dan anak saudaranya, Raja Haris Raja Khairul, setahun enam bulan,
terselamat.
Selain itu, Nozula yang juga Timbalan Ketua Umno
Bahagian Gua Musang sejak sedar pada hari keempat di hospital dia sering
bertanyakan keadaan isteri kepada keluarganya, namun mereka tidak
memberitahunya mengenai perkara sebenar.
Beliau bersyukur telah dibenarkan pulang dan dapat menziarahi pusara arwah isterinya walaupun masih belum pulih daripada kecederaan.
0 comments:
Post a Comment