Sponsored Links

Saturday, April 12, 2014

Terkini Krisis Russia Ukraine : Ukraine undurkan kapal perang

11:18

Google Image
Ukraine mula mengundurkan kapal perang dari wilayah Crimea selepas penduduk wilayah berkenaan memilih keluar dari Ukraine.

Menurut Menteri Pertahanan Ukraine, Mykhailo Koval, sebanyak 70 kapal, 21 kapal perang tentera laut dan 49 kapal sokongan ditempatkan di semenanjung Crimea.

Dalam pada itu, krisis Ukraine kini diburukkan lagi dengan desakan Moscow supaya Kive menjelaskan bayaran bekalan gas dari Rusia.

Pada Jumaat, Presiden Vladimir Putin memberi jaminan tidak akan menghentikan bekalan gas tetapi dihantar berdasarkan pembayaran yang dibuat oleh Ukraine.

Dalam satu surat kepada 18 pemimpin Eropah, Putin mendedahkan Ukraine berhutang AS17 bilion dolar selain tambahan AS18.4 bilion lagi sebagai denda melanggar kontrak.

Sementara itu, penunjuk perasaan pro-Rusia mengemukakan senarai tuntutan kepada kerajaan Ukraine.

Kumpulan yang dikenali sebagai Tentera Selatan-Timur yang menawan bangunan kerajaan di Luhansk antara lain mahu kerajaan membatalkan operasi anti-pengganas terhadap penunjuk perasaan.

Mereka juga mahu bahasa Rusia dijadikan bahasa rasmi kedua Ukraine.

Dalam pada itu, Menteri Luar Sweden, Carl Bildt yang menghadiri forum pertahanan Kiev berkata, apa yang dilakukan Rusia terhadap Ukraine merupakan satu ancaman kepada kestabilan dunia.

Selepas Crimea memilih untuk berpisah dari Ukraine, penduduk di Luhansk kini mendesak perkara sama.
AstroAwani

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top