Sponsored Links

Thursday, April 24, 2014

Wanita Kemaruk-Ada 2 suami dan 1 Kekasih gelap

10:31

Wanita dari Jawa timur, Meri Marlina masih mengaku bujang walaupun mempunyai 2 suami serentak serta menjalin hubungan dengan kekasih gelapnya.

Mei Marlina di Mahkamah

Kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh seorang penduduk Warujayeng, Bagus Putro Prabowo, 29, yang juga suami kedua Mei.

Mei dikatakan berkahwin dengan suami pertamanya, Deny Wijaya yang berasal dari daerah yang sama di sebuah gereja.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai empat anak.

Namun, Mei berkenalan pula dengan Bagus dan merahsiakan statusnya sebagai isteri dan ibu.

Bagus dan Mei berkahwin secara rahsia sebelum mendaftarkannya di pejabat agama Nganjuk.

Hasil daripada perkahwinan keduanya, Mei melahirkan dua orang anak yang kini berusia tiga dan lima tahun.

Penipuan Mei terbongkar apabila keluarga Bagus mengunjungi mereka di Ngawi.

Seorang ahli keluarga Bagus yang menjadi saksi dalam perbicaraan semalam, Haryanto mendakwa dia melihat surat pernikahan Mei dan Deny selain bertemu dengan anak mereka.

Sebaik mengetahui perkara itu, Haryanto memberitahu Bagus dan bapanya, Gianto yang jelas terkejut dengan status Mei yang masih belum sah bercerai dengan suami pertama.

Selepas kejadian itu, rumah tangga Bagus dan Mei mula bergolak sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Walaupun perceraian Bagus dan Mei masih belum disahkan, wanita itu dikatakan sudah menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Bojonegoro yang dikenali dengan panggilan STK.

Mei mendakwa dia dan kekasih gelapnya berkenalan di sebuah kelab dan sudahpun melakukan hubungan seks.- Metro

p/s:Serius ke tak boleh beza perempuan yang sudah berkahwin atau belum?

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top