Memalukan!!!
Berhubung dengan isu tersebut, Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang
diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand
melakukan serangan dengan niat merogol.
Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati
lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang
wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.
Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau
negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah
melarang butiran dirinya didedahkan.
Identiti di kenal pasti
Bagaimanapun, Wellington hari ini telah mengesahkan diplomat yang berkelakuan sumbang itu dari Malaysia.
Mahkamah New Zealand mengesahkan bahawa pegawai tersebut dilaporkan terlepas daripada tuduhan seks hari ini kerana mempunyai perlindungan diplomatik.
Polis mendakwa, pegawai diplomat tersebut adalah Muhammad Rizalman Ismail, ditahan di Wellington selepas mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pada malam 9 Mei sebelum menyerangnya.
Dia dituduh dengan tuduhan menyerang dengan niat untuk merogol dan memecah masuk Pegawai tersebut juga enggan menyerahkan contoh DNA.
Isu Perlindungan Diplomatik
Menjawab kepada isu perlindungan dipomatik, Anifah Aman hari ini (melalui Malaysiakini) menyatakan yang perlindungan tersebut ditawarkan oleh pihak New Zealand.
Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat
tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata
pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.
"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.
Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas.
Jika didapati bersalah, tindakan akan diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.
Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.
Sponsored Links
Tuesday, July 01, 2014
Breaking News! Diplomat Malaysia Di dakwa Merogol di New Zealand dikenalpasti
14:35
By:
Unknown
On: 14:35
In: breaking news, breaking the post, Dunia, HOT, jenayah, NEWS, politik
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment