Selepas peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan implementasi 'goal line technology' yang membantu pengadil membuat keputusan, satu lagi inovasi diperkenalkan oleh FIFA untuk World Cup kali ini.
Untuk Piala Dunia yang akan berlangsung di Brazil kali ini, FIFA akan memperkenalkan 'vanishing spray' yang dihasilkan daripada air dan sabun, digunakan sebagai penanda 'free kick' dan garisan untuk pemain melakukan benteng ketika tendangan percuma.
Jadi, sekiranya sesebuah pasukan mendapat sepakan percuma, pengadil perlawanan akan menandakan kedudukan bola, dan seterusnya menentukan kedudukan 30 kaki untuk pasukan lawan membuat benteng pertahanan.
Sekirnya pemain yang membuat benteng melangkaui garisan 30 kaki, pengadil dengan mudah dapat melayangkan kad kuning.
Untuk rekod, penggunaan 'vanishing spray' di dalam padang bukanlah benda baharu. Ia telah lama digunakan di dalam liga domestik di Brazil dan Argentina. Namun ia adalah pertama kali digunapakai di dalam kejohanan besar seperti piala dunia.
Ramai penganalisis berpendapat ia adalah kelebihan untuk pakar sepakan percuma atau bola mati kerana memberi mereka masa untuk mengatur strategi.
0 comments:
Post a Comment