Satu lagi kes menggemparkan umat Islam di Malaysia. Seorang wanita mualaf di Georgetown hampir dikebumikan dengan cara bukan Islam.
Wanita Mualaf itu hampir dikebumikan dengan cara Taosit.
Menurut sumber, hal tersebut terbongkar apabila, majlis pengebumian wanita Mualaf tersebut di datangi oleh Pegawai Polis yang mengesahkan mayat tersebut, Teoh Cheng Cheng,38 sudah memeluk agama Islam.
Majlis pengebumian yang sepatutnya selesai jam 4 petang tadi terpaksa ditangguhkan kerana pihak keluarga si mati ingin mendapatkan kepastian.
Bagaimanapun, pihak polis menunjukkan sebarang dokumen berkenaan pengislaman Cheng Cheng. Namun, pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), tampil menunjukan beberapa dokumen pengislaman beliau.
Menurut JHEAIPP, Cheng Cheng telah memeluk agama islam tahun 1997 yang lalu dan membawa nama Nora Teoh Abdullah. Beliau dikatakan memeluk agama Islam tanpa pengetahuan keluarga kerana bercinta dengan pemuda muslim.
"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk
menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke
Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu.
"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan
kepada ahli keluarga wanita berkenaan. Memang ada bantahan, kita sedang
melakukan yang terbaik kerana ada bukti dan rekodnya seorang Islam," Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein.
0 comments:
Post a Comment