Friday, July 25, 2014

AH5017 : Pesawat Air Algerie AH5017 terhempas

Semalam dunia dikejutkan dengan satu lagi kemalangan yang melibatkan pesawat penerbangan komersial. Pesawat Air Algerie AH5017 itu dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algeria dan membawa 110 penumpang dan 6 orang anak kapal dikatakan telah hilang dari radar.

Awal pagi tadi, pegawai penerbangan Algeria mengesahkan bahawa pesawat berkenaan telah terhempas.


Sehingga kini masih belum dapat dipastikan di mana pesawat tersebut terhempas dan pelbagai spekulasi sedang direka.

Namun, syarikat Flightradar mengesahkan pesawat tersebut telah terhempas di Nigeria.

Sementara itu, Menteri Luar Perancis menyatakan pesawat berkenaan mungkin terhempas di utara Mali.

Ketua Agensi Penerbangan Mali, Issa Saly Maiga mengeluarkan kenyataan yang pasukan mereka telah dikerahkan di dalam operasi mencari kehilangan pesawat berkenaan.

"Kami sendiri masih belum pasti kedudukan pesawat berkenaan, namun kawasan pencarian yang terlibat adalah sekitar Burkina Faso, Mali, Nigeria, Algeria sehingga ke Sepanyol."

Pesawat tersebut dikatakan hilang dari radar setelah menukar laluan ekoran dari cuaca yang buruk.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top