Wednesday, July 02, 2014

[Breaking News] Terowong Runtuh;Laluan Jalan Imbi Jerlus

KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.

Dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Isu ini sedang menjadi perdebatan hangat di alam maya. Tentunya ramai pihak menuding jari menyalahkan pihak kerajaan tentang rakusnya dalam pembangunan.

Sudah tentu pihak pembangkang akan 'meneguk di air yang keruh' dan akan mengeksploitasi isu berkenaan.

Sesungguhnya kita semua hanya mampu merancang.





0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top