Azizul Hasni Awang Wira Malaysia
Pelumba basikal negara Azizul Hasni Awang atau lebih dikenali sebagai 'The PocketRocket Man' bakal menghadapi tindakan displin kerana memakai sarungt tangan yang menunjukkan solidariti atau sokongannya kepada Gaza.
Perang di Gaza yang memasuki hari ke - 19 hari ini sudah mengorbankan hampir 600 nyawa yang kebanyakkan penduduk di Palestin.
Menurut laporan, Azizul memakai menyampaikan mesej sokongan beliau kepada wilayah Gaza dengan memakai sarung tangan yang tertera tulisan 'Save Gaza' semasa perlumbaa di velodrom Sukan Komanwel semalam.
Azizul, 26, yang akan bertanding peringkat suku akhir hari ini bagaimanapun diberi amaran dan teguran supaya tidak memakainya lagi.
Tindakan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) itu bertujuan mengelakkan sukan ini dijadikan sebagai medan untuk berpolitik. Sukan Komanwel yang di adakan setiap 4 tahun itu juga dikenali sebagai 'Sukan Persahabatan.'
Mohon Maaf
Azizul bagaimanapun dalam kenyataannya mengatakan tindakan beliau adalah bersifat kemanusiaan dan bukan berpoitik.
Ketua Pegawai Eksekutif CGF bagaimanapun menghormati hak Azizul untuk membantah, tetapi tindakan tersebut tidak sesuai dilakukan di temasya sukan.
Azizul melalui laman facebooknya menghormati keputusan CGF dan memohon maaf.
"Saya mendapat amaran, tetapi masih boleh berlumba hari ini tetapi tanpa sarung tangan 'Save Gaza',"
"Terima kasih di atas sokongan semua dan saya amat menghargainya. Kita semua berdiri sebagai insan."
0 comments:
Post a Comment