Lagi kilang roti bikin hal.
Kilang roti tersebut mendapat liputan meluas beberapa hari lalu tentang tahap kebersihannya telah ditarik balik status halalnya.
Menurut sumber, 'owner' kilang yang mengambil mudah tentang tahap kebersihan kilangnya, menggaji pekerja daripada Indonesia dan Bangladesh.
Daripada gambar-gambar yang dikongsi, jelas owner tersebut hanya memetingkan keuntungan.
Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk)
mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.
Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu
melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal
tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui
selama dua tahun.
“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit
didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan
(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga
RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.
Diarah tutup
Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Ipoh bagaimanapun mengarahkan kilang tersebut ditutup selama 3 minggu di atas faktor tidak memenuhi standar dan piawaian kebersihan.
“Kita dapati semuanya dalam keadaan bersih dan terkawal, namun dari
sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa
ditutup selama tiga minggu.”
0 comments:
Post a Comment