Sponsored Links

Thursday, July 03, 2014

Kerajaan China Melarang Umat Islam Berpuasa

14:11

Ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menunaikan ibadat puasa, lain pula halnya yang terjadi di negara China. Mereka melarang umat islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa. Untuk rekod, ini bukan kali pertama kerajaan China bertindak demikian.



Larangan tersebut dikeluarkan oleh Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang untuk menyekat sebarang perhimpunan keagamaan. Mereka berpandangan bahawa perhimpunan keagamaan tersebut menjadi platform kepada gerakan pemisah untuk menyebarkan mesej.

Seperti tahun lalu, larangan tersebut dikecam hebat oleh kumpulan etnik Uighur. Untuk rekod, kumpulan etnik Uighur adalah golongan pelarian di China.

Jurucakap kongres Uighur berkata, larangan tersebut tentunya akan menambah ketegangan. "Kami menggesa Negara China memastikan menghentikan sebarang penindasan politik yang meibatkan bulan ramadhan," katanya.

Menurut Raxit jurucakap Kongress berkenaan, rakya di wilayah Xinjiang diberikan makanan percuma sebagai menggalakkan mereka makan di bulan ramadhan.

Untuk rekod, China menuduh kumpulan etnik Uighur menggerakan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top