Wednesday, July 23, 2014

MH17 : Kotak Hitam tidak akan dibawa pulang

Selepas kejayaan pasukan penyiasat dari Malaysia berdiplomasi dengan puak pemisah Rusia berkenaan isu MH17, kotak hitam pesawat  MH17 tidak akan dibawa pulang ke negara ini.

Sebaliknya ia akan dihantar ke negara yang mempunyai kepakaran untuk dianalisa dengan segera.
Menurut Timbalan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, ia selaras dengan peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO).

Google Image
“Mengikut peraturan ia perlu dibuka secepat yang boleh.

“Tak wajar untuk kita simpan untuk bawa balik Malaysia dan kemudian nak hantar semua ke luar negara.
“Itu melanggar peraturan yang ditetapkan ICAO. Ia mesti dibuka dengan segera,” katanya.

Menurut Ab Aziz, hanya beberapa negara yang mempunyai kepakaran untuk menganalisa kotak hitam dan yang paling dekat dengan lokasi adalah United Kingdom (UK).

“Oleh kerana ia berlaku di Eropah, jadi sewajarnya UK adalah salah satu lokasi sesuai untuk dibuat bacaan dengan penglibatan penyiasat antarabangsa.

“Malah pakar kita juga boleh sama-sama turut serta memantau proses analisa,” jelasnya.

Berhubung dengan penglibatan Rusia untuk menyertai pasukan siasatan menganalisa kotak hitam itu, ia tertakluk kepada panel siasatan antarabangsa yang dibentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Ab Aziz.

Terdahulu, puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media sebelum ini.
sumber

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top