Kita sedia maklum terdapat 2 bayi dari kalangan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa di di dalam nahas MH17.
INGATKAH lagi anda dengan pasangan anak-beranak, Jaya dan Shuba yang menjadi peserta untuk program realiti Mari Menari musim pertama terbitan Astro kira-kira empat tahun lalu?
Rupa-rupanya, Shuba yang juga seorang pelakon adalah antara 298 mangsa yang terlibat dalam insiden pesawat MH17yang terhempas di Ukraine dua hari lalu.
Lebih menyedihkan, suami dan anaknya yang dikenali sebagai Paul Goes dan Kaela juga turut bersama-sama Shuba dalam pesawat itu.
Mengimbas kariernya, dia pernah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam pementasan Fourplay, Charley’s Auntie and Hungry for Hope.
Shuba bersama suami dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana sebelum berlakunya tragedi itu.
Takziah untuk keluarga Shuba. Sumber - Mynewshub.
0 comments:
Post a Comment