Saturday, August 09, 2014

Remaja Gaza Jana Elektrik Guna Air

Desakan hidup mendorong manusia berikhtiar menempuh limit kelaziman sehariannya untuk dapatkan survival.

Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. 


Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. 


Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. 


Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.

Semoga kebijaksanaan beliau ini dapat membantu rakyat Palestin dalam meneruskan hidup di wilayah yang sedang bergolak itu. Amin.

Sumber:Amanz.my

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top