Saturday, August 16, 2014

Saman Hospital - Isteri dibiarkan mati seorang diri selepas melahirkan anak

Negara China memang banyak dengan berita yang menggemparkan dan pelik. Terbaru, seorang lelaki bertindak menyaman sebuah hospital di Hunan selepas isterinya meninggal kerana dibiarkan seorang diri selepas melahirkan anak.

Daily Mail melaporkan Liu Hsiung, 29 tahun menamakan pegawai Hospital Kesihatan Kanak-Kanak dan Bersalin Xiantan selepas mendapati isterinya mati terlantar di atas katil selepas melahirkan anak.

Liu sebelum itu telah meminta jururawat untuk memeriksa keadaan terkini isterinya Zhang Chun, 27 tahun selepas mengalami komplikasi kritikal.

Liu berkata dia telah memberitahu pegawai perubatan keadaan isterinya dan menggesa jururawat membawa isterinya masuk ke dalam bilik pembedahan.

Sejam kemudian Liu kembali untuk melihat isterinya tetapi dia hanya menemui mayat isterinya yang terlantar di atas katil pesakit.

Google Image
Bagaimanapun bayi yang dikandung isterinya selamat dilahirkan. 

“Saya tertanya tanya apa yang telah berlaku, mereka (pegawai perubatan) sudah tiada dan hanya mayat isteri saya yang ditinggalkan,” katanya.

Sementara itu, pegawai hospital berkenaan berkata isterinya telah mengalami komplikasi selepas Liu dan isterinya enggan melakukan pembedahan caesarean kerana saiz bayi yang dikandung adalah besar.
Jurucakap hospital berkata Zhang mengalami pendarahan yang serius selepas bersalin.

Minta-minta supaya pihak hospital di Malaysia tidak sebegini. Mohon jasa baik untuk menjalankan amanah yang diberi. Anda berurusan dengan nyawa!!!

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top