Wednesday, February 26, 2014

Amah bunuh diri selepas bunuh anak majikan

SUMBER : KOSMO

Dua beradik lelaki berusia setahun dan lima tahun mati apabila dikelar lehernya oleh pembantu rumah dari Indonesia yang kemudian membunuh dirinya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Sri Putra Kuang malam tadi.

Ketiga-tiga mayat ditemui oleh nenek mangsa pada pukul 730 malam yang baru pulang daripada berniaga.

Hasil siasatan, Jia Hong (5 tahun) dibunuh terlebih dahulu dan mayat dijumpai di tingkat atas bersama alat kawalan jauh televisyen.

Kemudian amah tersebut membunuh Melvin (1 tahun) dan kemudian membunuh diri sendiri.

Hasil siasatan juga, amah tersebut dikatakan tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menurut jiran-jiran, mereka tidak mendengar sebarang bunyi bising dari rumah mangsa dan amah tersebut seorang yang rajin dan peramah.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top