Wednesday, February 26, 2014

Erra Fazira perlu jaga tingkah laku dalam tempoh edah


Erra Fazira perlu menjaga tingkah laku dan pergaulan sepanjang tempoh edah (3bulan 10 hati) berlangsung kerana dia masih berada dalam tanggungjawab bekas suaminya.

Bertingkah laku itu wajib dilakukan kerana hubungan pertalian perkahwinan antara pasangan yang bercerai secara talak raji'ie masih wujud.

Menurut Ustaz Mohd Fauzi Mustafa, Erra perlu mengikuti batas seperti seorang isteri dan mematuhi hukum tertentu sepanjang tempoh edah seperti tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan bekas suaminya.
Gambar Hiasan

Menurutnya lagi, wanita yang dalam tempoh edah dituntut untuk bersolek dan berhias kepada bekas suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan si lelaki untuk rujuk semula.

"Jika batas dan hubungan itu tidak dipatuhi oleh wanita yang masih dalam tempoh edah, ia menjadi suatu kesalahan dalam islam dan hukumnya dosa besar"

Erra dinasihatkan supaya menjaga tingkah laku selepas gambarnya bersama Awie yang berpelukan untuk menjayakan pementasan teater Suara Kita yang akan berlangsung di Istana Budaya tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top