"Mereka yang dapat dosa", komen Rebecca.
Pelakon Rabecca Nur Al-Islam menjelaskan gambarnya yang dimuat naik di
Instagram miliknya bukan untuk tontonan umum tetapi ia hanyalah untuk
pengikut istimewanya sahaja kerana akaun berkenaan adalah
private.
Rabecca , 28, berkata, dia kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan
bahan kutukan.
“Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh
pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai.
“Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana
itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,” katanya
menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Selasa.
Rabecca meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya yang berpakaian
seperti sejenis sut ketat berwarna merah dengan imej bertudung
disebarkan kepada umum pada Ahad lalu.
Gambar tersebut mengundang kritikan hebat daripada masyarakat sehingga dia disamakan seperti watak dalam cerita kartun Teletubies.
Pelakon itu turut dikecam memandangkan dia sebagai wanita yang
bertudung tidak patut berpakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh
badan.
Dalam pada itu, Rabecca turut berkata, sebagai seorang wanita yang
baharu berhijrah iaitu memakai tudung, dia juga sedang berusaha dalam
menjadi seorang Islam yang lebih baik.
“Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,” ujarnya.
p/s : Berpakaian seperti itu adalah seperti tidak memakai apa-apa Puan Rebecca.
Sponsored Links
Wednesday, April 23, 2014
"Mereka yang dapat Dosa"
03:54
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment