Sponsored Links

Thursday, April 24, 2014

'Saya tak nak Mati mata tak tutup'-Sharnaaz

05:25

Google Image
Pelakon Sharnaaz Ahmad ingin bersemuka dengan aktres Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi selepas wanita itu selamat bersalin bagi  menyelesaikan isu pertelingkahan di antara mereka ketika penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Sharnaaz, 29, berkata, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga mampu menjejaskan kesihatan Lisdawati yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga.

“Pergaduhan saya dan Lisdawati itu biarlah berlalu, tetapi saya rasa ia patut diselesaikan kerana saya tidak mahu kalau saya mati, mata tidak tertutup rapat.

“Tapi tunggu masa yang sesuai mungkin selepas dia beranak dahulu baru bincang,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, di sini, malam Selasa lalu.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi antara dia dan Lisdawati apabila wanita itu  mendakwa diserang dan diugut Sharnaaz ketika penggambaran drama berkenaan.

Dalam kejadian Februari lalu itu, Lisda  membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia enggan memanjangkan dan bercakap tentang perkara tersebut lagi.

Lisdawati pula memaklumkan tidak perlu tunggu sehingga beliau bersalin.

Sementara itu, pelakon Lisdawati yang dihubungi berkata, Sharnaaz tidak perlu menunggu sehingga dia bersalin untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Kata Lisda, banyak cara dan teknologi terkini yang membolehkan aktor itu menghubunginya jika benar-benar berniat untuk berbuat demikian.

"Saya tidak mahu panjangkan hal ini jika dia tidak buka mulut lagi, tetapi kalau dia kata ingin berdamai tidak perlulah nak tunggu sampai saya bersalin.

"Banyak cara kalau ingin berjumpa atau telefon sahaja kalau benar-benar ikhlas untuk bersemuka dan berdamai," katanya.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top