Wednesday, April 16, 2014

Terkini Krisis Rusia-Ukraine : Tentera Ukraine Siap Sedia Gempur

Google Image
Tentera ukraine dilaporkan sedang bersiap sedia di Kamianka untuk menggempur Slovyansk yang kini dikuasai pemberontak pro-Russia.

Kehadiran kenderaan berperisai dan pesawat di bandar berkenaan yang terletak 40 kilometer di barat Slovyansk adalah yang tindakan pertama oleh tentera Ukraine di timur negara berkenaan.

Ukraine mula menggerakkan tenteranya selepas kerajaan berikrar untuk merampas balik semua bandar yang diduduki pemberontak.

Menurut laporan Sky News, kerajaan turut membuat sekatan jalan raya di jalan menuju Slovyansk.

Serangan balas tentera Ukraine terhadap pemberontak pro- Russia bermula pada Selasa di lapangan terbang Kramatorsk di selatan Slovyansk.

Tindakan tersebut dibuat beberapa jam selepas pemangku presiden, Oleksandr Turchynov mengumumkan operasi anti pengganas terhadap kumpulan pro-Russia yang sudah menguasai banyak bangunan di sekurang-kurang sembilan bandar di timur negara berkenaan.

Kerajaan Ukraine menuduh, pemberontakan di negara berkenaan dibiayai Rusia-AstroAwani

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top